
Naib Juara Piala Malaysia 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada pada landasan tepat untuk mara ke pusingan seterusnya dalam Piala Malaysia 2022 apabila membelasah Petaling Jaya City FC 0-4 pada aksi pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.
Haimau Selatan jelas tidak memberikan ruang kepada tuan rumah untuk bangkit pada perlawanan ini sebelum aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim pada 1 November.Shahrul Saad meletakkan JDT di hadapan seawal minit ke-4 selepas menanduk masuk gol hantaran Ariff Aiman diikuti gol Safawi Rashid pada minit ke-34 untuk meletakkan pelawat 0-2 sebelum tamat separuh masa pertama,
Tidak berhenti di situ, JDT terus menambah gol menerusi Akhyar Rashid dan Fernando Forestieri pada minit ke-70 dan 79 untuk kedudukan penuh 0-4.
Lain-lain keputusan menyaksikan semua pasukan masih berpeluang untuk bangkit pada perlawanan kedua berdasarkan jurang gol yang tidak besar.
Sabah berjaya menewaskan UiTM FC 1-2, Kelantan FC menang tipis 0-1 ke atas Sarawak United FC, Penang FC mengikat Kuching City 2-2, Selangor menang 0-2 ke atas Kelantan United dan Negeri Sembilan FC menewaskan Kedah Darul Aman FC 1-2.
Add Comment