Bola Sepak

Presiden AFC kunjungi Wisma FAM


Shaik Salman bergambar bersama kepimpinam FAM di Wisma FAM hari ini. FOTO FAM

Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa mengunjungi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Wisma FAM, Kelana Jaya pada hari Ini.

Kunjungan rasmi tersebut
bersejarah buat FAM kerana ini merupakan pertama kalinya Shaikh Salman menjejakkan kaki di Wisma FAM selepas hampir 10 tahun beliau yang merupakan kerabat diraja Bahrain menjadi Presiden AFC sejak Mac 2013.

Shaikh Salman (kiri) menerima cenderahati daripada Hamidin. FOTO FAM

Kunjungan Shaikh Salman ke Wisma FAM, pagi tadi telah disambut oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM yang lain serta Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan.

Shaikh Salman yang diiringi oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John turut dibawa melihat fasiliti-fasiliti yang terdapat di Wisma FAM.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: