
Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar memberikan bayangan mungkin tidak akan kekal bersama Kelab itu musim depan selepas memuatkan video kenangan bersama The Rhinos di Istagramnya.
Video itu memaparkan video yang berlatarbelakangkan hitam putih dengan kapsyen ringkas Sabah FC #rhinos #radutatapradu disertakan bersama video yang dimuat naik pada Ahad.
Video itu menimbulkan spekulasi daripada peminat termasuk kemungkinan Baddrol bakal kembali ke pangkuan Sang Kenari pada musim 2023.
Sehingga kini Belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pemain itu mahupun Sabah FC.
Setakat Ini, hanya pemain kelahiran dari Korea Selatan, Park Tae-su yang menjadi pemain pertama menandatangani kontrak baharu dua tahun bersama Sabah FC selepas menyertai pasukan itu pada 2019.
Add Comment