Bola Sepak

KL City selangkah cipta rekod seperti JDT


Sidang media final Piala AFC 2022 pada hari ini.

“Oman bagus dalam sukan bola sepak, ranking mereka lebih baik dari Malaysia,” kata pengendali Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak mengulas aksi final Piala AFC 2022 berdepan Al Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Sabtu.

Bojan terus merendah diri dan menganggap The City Boys bukan pasukan pilihan berbanding lawan yang dibarisi sebanyak 10 pemain kebanhsaan Oman.

Jelasnya, mara ke pentas final adalah satu pencapaian yang membanggakan dan tinggal satu lagi perlawanan untuk memahat KL City sebagai pasukan kedua dari Malaysia menjulang Piala AFC selepas JDT jika keluar sebagai pemenang.

“Kami tidak jangka boleh mara hingga ke final kerana pada awalnya kami hanya menyasarkan untuk melepasi peringkat kumpulan.

“Kemenangan ketika berdepan kelab Vietnam, Viettel (di separuh akhir Zon ASEAN) membuka peluang kepada kami dan saya harap kami dapat melakar penamat yang gembira pada pentas final ini,” kata Bojan.

Menurutnya, The City Boys mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri namun lawan tetap mempunyai peluang dan 90 minit perlawanan menjadi penentu.

“Al Seeb pasukan yang bagus, saya percaya mereka juga ada pengalaman beraksi di stadium penuh. Apa yang penting kami akan cuba kurangkan kesilapan dalam perlawanan itu,” katanya lagi.

Sebagai rekod, JDT juga muncul pasukan ASEAN pertama menjuarai Piala AFC pada 2015.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading