Bola Sepak

“Tewaskan Kedah untuk jamin slot Piala AFC 2023” – Nafuzi


Nafuzi mahu TFC tewaskan KDA FC di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.

Hanya kemenangan ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi akhir Liga Super 2022 sahaja yang dapat menjamin kedudukan Terengganu FC bagi slot Piala AFC 2023.

Ketua Jurulatihnya, Nafuzi Zain berkata, Sang Penyu tidak boleh bergantung kepada keputusan dua lagi pasukan iaitu Sabah FC, Negeri Sembilan FC yang turut berpeluang untuk ke pentas Asia.

“Apa yang penting sasaran saya adalah layak ke Piala AFC. Kalau kami layak ke Piala AFC, ia satu kejayaan buat TFC.

“Jadi, kami fokus di sini dulu, sebab benda itu (Piala Malaysia) tak tahu lagi. Tetapi ini peluang kami, lebih baik kami ambil peluang yang ada sekarang daripada memikirkan perkara yang kami belum tahu lagi,” katanya seperti yang dipetik melalui portal Berita Harian.

Aksi akhir liga super bertemu KDA FC di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu tetap bukan tugas mudah biarpun lawan berada pada prestasi tidak konsisten selepas tewas empat perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Mengulas tentang masa depan bersama TFC, Nafuzi enggan memikirkan lagi perkara tersebut kerana mahu fokus membantu pasukannya keluar sebagai pemenang pada perlawanan menentang KDA FC.

“Paling penting layak ke Piala AFC, tercapai apa sasaran saya untuk musim ini dan selepas habis semua itu baru saya fikir masa depan saya,” ujar beliau.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: