Bola Sepak

Sanusi ucap tahniah pada JDT


Status Muhammad Sanusi di Facebooknya.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta;zim (JDT) atas kejayaan mengatasi Kedah Darul Aman (KDA) FC 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim pada malam Selasa.


Ucapan tersebut menarik perhatian lebih 13,000 netizen sejak pagi tadi selepas status tersebut dimuatkan ke Facebooknya sejam selepas perlawanan Liga Super 2022 itu tamat.


“Tahniah JDT. Hmmm. Ada ni ha. Bawa bini muda jalan-jalan sat,” tulis beliau.


Menteri Besar Kedah itu juga turut meninggalkan tagline baharu di ruangan komes status tersebut selepas diminta oleh netizen dan penyokong bolasepak tanah air.


“”Ramai mintak tagline…. Ok tagline malam ni…


“Nak nakal lagu mana pun, jangan lupa solat. Like & share”, tulis Muhammad Sanusi yang kemudian mendapat reaksi lebih 3,000 netizen.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: