
Perlawanan akhir Liga Super 2022 pada 15 Oktober ini bakal menjadi penentu bagi Sabah, Terengganu dan Negeri Sembilan untuk merebut slot Piala AFC 2023.
Selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) sah muncul juara Liga Super dan meraih slot automatik ke ACL 2023, kini tumpuan terarah kepada slot Piala AFC pula.
JDT meneruskan rekod tanpa tewas setakat 21 perlawanan musim ini apabila menewaskan Kedah Darul Aman 4-1 di Iskandar Puteri pada malam Selasa bagi mengutip 53 mata.
Sabah cemerlang menewaskan Sri Pahang FC yang menang pada penghujung perlawanan dengan keputusan 1-2 di Kuantan untuk kekal di tangga kedua liga super dengan 42 mata.
Terengganu berjaya menjinakkan KL City 1-2 untuk kekal di tangga ketiga dengan 41 mata manakala Negeri Sembilan juga cemerlang menewaskan Melaka United 2-0 untuk berada di tangga keempat juga dengan 41 mata.
Pada aksi akhir Liga Super, Sabah akan menempuh perlawanan sukar apabila bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim.
Terengganu akan berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk bertemu Kedah yang dalam keadaan momentum tidak menentu apabila tewas empat kali berturut-turut setakat ini.
Negeri Sembilan pula akan bertemu Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur.
Add Comment