Bola Sepak

Negeri Sembilan terus hidupkan misi ke Asia


Sean Selvaraj turut menjaringkan satu gol buat NS FC. FOTO MFL

Negeri Sembilan (NS) FC terus memberikan cabaran untuk memburu slot Piala AFC 2023 apabila menang tipis 4-3 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di Paroi pada aksi Liga Super 2022 malam Sabtu.

Sang Rusa hampir mengigit hari kepada kebangkitan pasukan lawan pada penghujung perlawanan namun tidak cukup untuk sekurang-kurangnya mengikat perlawanan tersebut.

Matheus Alves meletakkan NS FC terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-25 sebelum disamakan kedudukan 1-1 oleh Mahmoud Al Mardi buat Kedah pada minit ke-43.

Bagaimanapun tuan rumah menambah tiga lagi gol untuk kedudukan 4-1 menerusi Gustavo pada minit ke-58, 69 dan Sean Selvaraj pada minit ke-65 untuk memberikan tekanan kepada Sang Kenari.

Namun Kedah bangkit menerusi Sanrawat dan Marc Vales pada minit ke-82 dan 90 untuk merapatkan kedudukan kepada 4-3.

Pelawat hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-94 menerusi Mahmoud namun sepakan percumanya sekadar singgah ke palang gol NS FC.

Kekalahan tersebut adalah ketiga berturut-turut buat anak buah Aidil Sharin untuk kekal di tangga keenam liga super dengan 27 mata manakala NS FC kekal di tangga keempat dengan 38 mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: