Bola Sepak

Penang ganti MU slot Piala Malaysia 2022


Harimau Kumbang berada pada prestasi baik selepas mengejutkan KL City FC 1-0 dalam saingan Liga Super 2022 baru-baru ini.

Pasukan tercorot Liga Super 2022, Penang FC layak menyertai mengisi slot TM Piala Malaysia 2022 selepas satu daripadanya telah ditinggalkan oleh Melaka United FC (MUFC).

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan perkara tersebut selepas keputusan itu dicapai oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.

ketiadaan MUFC dalam aksi TM Piala Malaysia musim ini disebabkan kegagalan menyelesaikan masalah tunggakkan gaji pemain dan pegawai.

“MUFC kini sedang menduduki tempat kesembilan Liga Super 2022 dan tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan TM Piala Malaysia 2022.

“Maka pasukan pengganti harus dipilih daripada Liga Super untuk mengekalkan bilangan 11 pasukan Liga Super dan lima pasukan Liga Premier dalam pertandingan Piala Malaysia 2022 di mana kesemua pasukan Liga Super kecuali MUFC akan memperolehi slot TM Piala Malaysia 2022,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: