Bola Sepak

Malaysia jinakkan Thailand, mara final 48th King’s Cup


FOTO FAM

Malaysia mara ke pentas akhir 48th King’s Cup selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Thailand dengan keputusan 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium 700th Aniversarry Of Chiang Mai sebentar tadi.

Malaysia berpeluang untuk keluar lebih awal sebagai pemenang apabila terlebih dahulu berada di hadapan 1-0 menerusi Corbin Ong pada minit ke-32 masa sebenar.

Bagaimanapun, Pansa Henviboon berjaya menanduk masuk gol untuk penghujung perlawanan mengikat Harimau Malaya 1-1 bagi mengheretkan perlawanan ke penentuan penalti.

Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma yang dihadiahkan kepada Thailand selepas Azam Azih mengasari pemain tuan rumah di luar kotak penalti Malaysia.

Syihan Hazmi berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti pemain tuan rumah sekaligus membawa Harimau Malayasia ke pentas final bertemu Tajikistan pada Ahad ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: