Bola Sepak

Shahrul diketepikan, tidak cergas hadapi kejohanan King’s Cup


Shahrul Saad. FOTO FAM

Pemain pertahanan kebangsaan, Shahrul Saad dilepaskan keluar dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas tidak dapat menyertai pasukan ke Chiang Mai, Thailand bagi menghadapi 48th King’s Cup 2022 bermula 22 hingga 25 September ini.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon berkata, pemain JDT itu telah melaporkan diri bersama pemain-pemain lain pada Jumaat 

“Pemantauan oleh doktor dan fisioterapis pasukan terhadap kondisi kesihatan sepanjang dua hari ini mendapati beliau tidak sempat untuk cergas sepenuhnya menjelang kedua-dua perlawanan di Chiang Mai itu nanti.

“Kami di barisan kejurulatihan dan pasukan perubatan pasukan yang sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemain telah bersetuju untuk melepaskan Shahrul daripada kem latihan pusat kali ini supaya beliau dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini,” katanya pada Sabtu.

Menurutnya, dengan ketiadaan Shahrul, baki 23 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sementara seorang lagi pemain iaitu Dion Cools akan terus menyertai pasukan di Chiang Mai pada Isnin ini.

Tiada penambahan pemain baharu setakat ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: