Bola Sepak

Selepas Lee Tuck, Aguero pula dapat status warganegara


Aguero (kiri) dan Lee Tuck kini merupakan pemain tempatan selepas mendapat status warganegara Malaysia. FOTO SRI PAHANG

“Sejujurnya ia satu penghormatan untuk saya menjadi rakyat Malaysia. Saya di sini kerana mendapat sokongan orang di sekeliling.

“Tanpa mereka saya tidak akan berada di tempat saya berada,” kata pemain import Sri Pahang, Sergio Aguero.

Pemain berusia 28 tahun itu mengesahkan dirinya sudah memiliki status warganegara Malaysia dan tidak sabar untuk mewakili Tok Gajah dalam saingan Piala Malaysia musim 2022.

Perkara itu didedahkan Aguero melalui laman Istagramnya pada Jumaat dan penghargaan diberikan kepada pemilik Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab sepanjang membantu proses mendapatkan status warganegara.

“Kuantan merupakan tempat paling istimewa untuk saya serta keluarga, malah saya berhasrat tinggal lama di sini. 

“Saya jatuh hati dengan makanan, masyarakat yang sangat baik dan paling penting saya menemui ketenangan bersama keluarga.

“Tiada perkataan bagi menggambarkan betapa gembiranya saya dan tidak sabar untuk menyarung jersi emas dan biru dalam Piala Malaysia,” kata Aguero lagi.

Sebelum ini, seorang lagi pemain Sri Pahang, Lee Tuck juga mengumumkan mendapat status warganegara Malaysia dan tidak sabar untuk beraksi sebagai pemain tempatan pada Piala Malaysia 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: