Bola Sepak

Negeri Sembilan sudah, kini giliran Perak !!

Emas menjadi keutamaan sebagai pengurus kerana sebelum ini saya berjaya memenangi gangsa pada Sukma Pahang 2012 dan perak pada Sukma Sarawak 2016

Pemain Wilayah Persekutuan meraikan kemenangan 1-0 mengatasi Negeri Sembilan , di Stadium UKM Bangi, semalam. -Foto : WIPERS

SELEPAS Negeri Sembilan dijinakkan, Perak yang merupakan juara bertahan menjadi sasaran Wilayah Persekutuan untuk memastikan buruan emas bagi acara bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) menjadi kenyataan.

Kekalahan Perak 0-2 di tangan Selangor pastinya mengejutkan memandangkan mereka adalah pasukan pilihan dalam Kumpulan A yang menyaksikan mereka kini menghuni tangga tercorot dalam kumpulan.

Pertembungan Wilayah Persekutuan dengan Perak, Rabu ini di Stadium UKM, Bangi sudah tentu akan menghadirkan saingan sengit buat kedua-dua pasukan dengan matlamat tiga mata menjadi sasaran.

Bagi pengendali Wilayah Persekutuan, Zolkipli Samion menyifatkan Perak adalah sebuah pasukan yang misteri dan menggesa anak-anak buahnya memberikan lebih daripada 100 peratus bagi menjamin kemenangan.

“Tiada siapa yang tahu akan kekuatan atau kelemahan pasukan itu kerana mereka tidak bertanding di Piala Presiden mahupun Piala Belia namun Wilayah Persekutuan tetap perlu berhati-hati,” katanya.

Bagi Pengurus Pasukan Bola Sepak Wilayah Persekutuan, Datuk Kamarudin Hassan jelas gembira dengan kemenangan ini dan menuntut aksi lebih baik daripada para pemain bagi memastikan kemenangan ke atas Perak.

“Tiga mata penuh ini sangat penting dan saya mahukan pemain berikan lebih komitmen pada aksi bertemu Perak nanti bagi memastikan kita meraih kemenangan dan mencerahkan laluan ke suku akhir.

“Emas menjadi keutamaan sebagai pengurus kerana sebelum ini saya berjaya memenangi gangsa pada Sukma Pahang 2012 dan perak pada Sukma Sarawak 2016. Saya berharap percubaan ketiga ini membawa tuah buat saya untuk memenangi emas,” tegasnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading