
Kuala Lumpur City mara ke pentas final interzone Piala AFC 2022 selepas menyingkirkan wakil dari India, ATK Mogun Bagan 1-3 pada separuh akhir final Interzone di Kolkata, India.
The City Boys jelas diasak sebaik wisel perlawanan dibunyikan dan pelawat terpaksa bertahan apabila Mogun Bagan jelas menguasai perlawanan sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada babak kedua, rembatan voli kencang dari luar kotak penalti oleh ketua pasukannya, Paulo Josue pada minit ke-60 menerjah gawang gol tuan rumah berjaya memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan.
Terkejut dengan jaringan tersebut, Mogun Bagan kembali bangkit mengasak memburu jaringan penyamaan 1-1 dan berjaya melakukannya pada minit ke-90 menerusi pemain gantian mereka, Fardin Ali.
Namun, pemain gantian Kuala Lumpur City, Fakhrul Aiman menanduk gol pada minit ke-93 untuk kembali meletakkan pelawat di hadapan 1-2.
Romel Morales melengkapkan kemenangan pelawat apabila berjaya merampas bola dari kawalan pertahanan Mogun Bagan sebelum meledakkan jaringan pada minit ke-96 untuk kedudukan penuh 1-3.
Add Comment