Bola Sepak

Keputusan pengadil beri penalti pada JDT tepat


Segelintir penyokong melihat penalti tidak wajar dihadiahkan kepada JDT kerana tiada sentuhan dilakukan pemain pertahanan Selangor Yazan Al-Arab terhadap pemaim JDT, Arif Aiman Hanapi.

Penelitian Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapati berlaku kesalahan dilakukan pemain Selangor dan Keputusan pengadil Zulkarnain Zakaria memberikan sepakan penalti kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tepat.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman menyifatkan keputusan tersebut adalah tepat kerana berlaku kekasaran dan sentuhan kepada pemain pelawat pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, pada Sabtu.

“Selepas dibuat penelitian dan analisis menerusi rakaman video,  terdapat kesalahan dilakukan pemain Selangor tersebut, iaitu kekasaran dan sentuhan terhadap pemain lawan.

“Berdasarkan itu, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil telah membuat rumusan bahawa tindakan pengadil memberikan sepakan penalti tersebut adalah satu keputusan yang tepat,” kata beliau dalam kenyataan pada Isnin.

Kenyataan itu sebagai mengulas rasa tidak puas hati segelintir penyokong yang melihat penalti tidak wajar dihadiahkan kepada JDT kerana tiada sentuhan dilakukan pemain pertahanan Selangor Yazan Al-Arab terhadap pemaim JDT, Arif Aiman Hanapi.

Tambahnya, penelitian lanjut berhubung individu yang mencetuskan kekecohan di luar padang selepas perlawanan kerana tidak berpuashati dengan keputusan pengadil akan dibuat sama ada perlu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM atau sebaliknya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: