Bola Sepak

Jaringan Caion padam kelebihan penalti Bergson


Caion.

Selangor FC berjaya bangkit mengikat JDT 1-1 pada aksi Liga Super 2022 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada malam Sabtu.

Jaringan Caion pada minit ke-65 memadam kelebihan Harimau Selatan untuk meraih tiga mata yang terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Bergson Da Silva pada minit ke-32 hasil sepakan penalti.

JDT memperolehi sepakan penalti selepas pemain tuan rumah mengasari Arif Aiman di dalam kotak penalti.

Gol Selangor pula terhasil hasil gerakan pantas kepada Caion yang bijak melepasi penjaga gol JDT, Haziq yang keluar dari kawasan penalti dan kesempatan itu diambil oleh penyerang itu untuk menyamakan kedudukan.

Keputusan itu menyaksikan JDT masih selesa sebagai pendahulu liga super dengan mengumpul 42 mata selepas 16 perlawanan manakala Selangor  naik ke tangga kelapan dengan 17 mata selepas 16 perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: