Bola Sepak

Sabah keciciran mata, JDT terus selesa


FOTO MFL

Kegagalan Sabah mengutip mata penuh pada aksi Liga Super 2022 biarpun bangkit mengikat Kuala Lumpur City 2-2 di Likas pada malam Khamis menyaksikan JDT semakin selesa sebagai pendahulu liga.

Pada aksi tersebut, perlawat berjaya berada di hadapan dua kali melalui jaringan Giancarlo Gallifuoco seawal minit ke-4 Akram Mahinan pada minit ke-61.

Semangat juang yang ditunjukkan menyaksikan tuan rumah berjaya bangkit mengikat kedudukan menerusi Dominic Tan pada minit ke-47 dan Saddil Ramdani pada minit ke-85.

The Rhinos keciciran mata untuk terus mengekori rapat JDT yang selesa dengan 41 mata selepas 15 perlawanan manakala skuad Datuk Ong Kim Swee di tangga kedua dengan 36 mata selepas 17 perlawanan.

JDT yang masih mempunyai baki dua perlawanan berbanding Sabah dijangka mampu menjarakkan jurang mata kepada jika mampu menang pada dua perlawanan tersebut.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d