
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Bawah 23 Tahun baharu, E. Elavarasan, 60 mengalas tugas untuk menjadi penghubung antara pasukan tersebut dan skuad utama negara kendalian, Kim Pan Gon.
Persatuan Bolasaepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata, Elavarasan yang juga Penolong Jurulatih Harimau Malaya akan membuat persediaan pasukan menghadapi beberapa kejohanan utama, tahun depan.
“Antaranya termasuk Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Mei 2023, Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada September 2023 serta Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang juga Kelayakan Olimpik 2024,” katanya pada Khamis.
Pada majlis pengumuman Ketua Jurulatih B-23 itu juga turut diperkenalkan ialah barisan kejurulatihan skuad B-23 kebangsaan terdiri daripada Juan Torres Garrido dari Sepanyol sebagai penolong ketua jurulatih.
Jihyeon Park dari Korea pula sebagai jurulatih kecergasan; Lee Jeyoon juga dari juga Korea sebagai jurulatih analisis prestasi serta Kris Yong daripada barisan kejurulatihan sebelum ini yang dikekalkan sebagai jurulatih penjaga gol.
“Biarpun telah dilantik sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan, Elavarasan masih lagi kekal menjadi penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan kepada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk beliau menjadi penghubung kepada kedua-dua pasukan berkenaan,” katanya lagi.
Add Comment