Bola Sepak

Lee Tuck dapat status warganegara Malaysia


Lee Tuck mengumumkan perkara tersebut pada Rabu.

Pemain Sri Pahang FC, Lee Tuck, 34 mengumumkan beliau telah memperolehi status warganegara Malaysia setelah sekian lama mencuba mendapatkan status tersebut.

Perkara tersebut disahkan oleh pemain dari Halifax, England itu menerusi kenyataan di Instagram rasminya  sempena kemerdekaan negara yang ke-65 pada Rabu.

Menurutnya, penghargaan ditujukan kepada pemilik Sri Pahang FC, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang proses mendapatkan status kewarganegaraan.

“Saya akhirnya secara rasmi boleh mengatakan saya adalah warganegara Malaysia. Saya benar-benar bersyukur mendapat kewarganegaraan Malaysia.

“Ia merupakan satu perjalanan yang sukar dengan membuat pengorbanan untuk sampai ke sini, namun peluang ini yang tidak dapat saya lepaskan,” katanya.

Pemain ini telah beraksi di Liga Malaysia sejak 2017 dengan menyertai Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Terengganu (2018) sebelum bersama Sri Pahang sehingga sekarang.

Tiga bulan lalu, Tok Gajah dilaporkan bakal melengkapkan proses naturalisasi dua pemain mereka, Lee Tuck dan Sergio Aguero bagi membolehkan mereka didaftarkan sebagai pemain tempatan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Tahun 2022 menjadi tahun kelima Tuck dan Aguero beraksi dalam saingan Liga Malaysia dan sudah cukup untuk kedua pemain memohon untuk menjadi pemain naturalisasi seperti tiga pemain sebelumnya iaitu Mohamadou Sumareh, Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: