Bola Sepak

Final Piala FA 2022 : tindakan tegas menanti mereka yang sengaja cetus kekacauan, keganasan


Zam Halim

Amaran keras diberikan kepada mana-mana penyokong agar tidak sengaja mencetuskan kekacauan dan keganasan pada perlawanan akhir Piala FA 2022 antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 September ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, tindakan tegas boleh diambil dan boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 147 atau 160 yang membawa kepada hukuman penjara.

Menurutnya, 1500 anggota serta pegawai polis akan bertugas bertugas pada waktu tersebut selain bantuan dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan Rela.

“Bagi penyokong-penyokong Terengganu FC dan JDT, berkaitan dengan unsur-unsur ‘gangsterisme’, ‘hooliganisme’ memang dititikberatkan dalam mesyuarat keselamatan antara PDRM dan FAM serta MFL.

“Buat makluman, dalam PDRM sendiri kami ada bahagian D7 yang berkaitan pencegahan kongsi gelap, maksiat dan sebagainya, kita sentiasa cakna akan kehadiran kumpulan-kumpulan sebegini yang berpotensi untuk timbulkan kacau ganggu pada malam tersebut.

“Saya ingin berikan amaran kepada penonton-penonton yang datang supaya niat kita ikhlas untuk berikan sokongan kepada pasukan masing-masing dan tidak berniat timbulkan apa-apa perkara yang tidak diingini seperti rusuhan dan sebagainya.

“Kita akan juga mengadakan tindakan tegas dan untuk makluman, kesalahan-kesalahan ini akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 147 atau Seksyen 160 dan boleh dihukum penjara,” katanya seperti dipetik melalui portal MFL.

Mengulas lanjut, beliau juga menasihatkan para penyokong TFC dan JDT dapat merancang dengan teliti perjalanan ke SNBJ sambil memilih pengangkutan awam sebagai medium utama.

Penonton juga perlu peka dengan barang-barang terlarang yang tidak boleh dibawa sebelum masuk ke stadium agar tidak dirampas oleh pihak berkuasa.

“Pada malam tersebut, bukan sahaja perlawanan akhir Piala Malaysia akan berlangsung tetapi beberapa program lain seperti konsert yang diadakan Axiata serta ‘fun fair’ dan expo.

“Penonton-penonton yang saksikan perlawanan tersebut harap dapat gunakan perkhidmatan awam disediakan Prasarana yang telah bersetuju melanjutkan waktu operasi sehingga jam 1 pagi.

“Antara barangan yang dilarang bawa masuk ialah seperti payung, ‘powerbank’, pemetik api, senjata-senjata tajam dan sebagainya,” ujar beliau


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading