
TANJONG MALIM – Latihan 12,000 pukulan setiap hari menjadi senjata terhadap kemenangan pasukan Politeknik Malaysia (POLITEKNIK) apabila dinobat sebagai juara keseluruhan acara sofbol lelaki dan wanita pada SUKIPT kali ini.
Dua emas yang ditawarkan dalam acara tersebut mudah berada dalam genggaman pasukan Politeknik Malaysia.
Dalam acara yang berlangsung di Padang Istiadat UPSI itu, saingan sengit berlaku antara pasukan Politeknik dan pasukan tuan rumah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam aksi penentuan bagi kategori lelaki.

Politeknik ketinggaIan pada awal permainan, namun pada saat akhir mereka bangkit untuk menewaskan lawan kemenangan 5 – 4.
Pembantu jurulatih, Ridzuan Rawi melahirkan rasa gembira kerana pengorbanan yang mereka lakukan sebelum temasya kali ini bermula akhirnya telah membawa kejayaan kepada pasukan.
“Kita fokus kepada kekuatan mentaI pemain, kami tanamkan dalam diri mereka supaya tidak mudah mengaku kalah sehingga ke saat terakhir dan berjuang habis-habisan. Kami tekun menjalankan latihan malah berlatih sehingga melakukan 12,000 pukulan setiap hari,” kata Ridzuan.
Bagi acara sofbol wanita, kapten pasukan wanita Politeknik Nur Aishah Khairul Anuar dilihat cukup yakin dengan kebolehan pasukannya untuk merampas pingat emas daripada pasukan pilihan Universiti Teknologi Mara (UiTM), apabila mereka mencatatkan kemenangan besar 19-0.
Kekecewaan jelas terpancar di wajah atIet UiTM, Azliza Abdul Razak apabila gagaI untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka catatkan pada SUKIPT 2018.
“Kekurangan latihan dan pertukaran jurulatih mungkin menjadi antara faktor kekalahan pasukan kami pada kaIi ini. Kami akan belajar daripada kesiapan dan terus berlatih sebagai persediaan menghadapi SUKIPT akan datang”, uIas AzIiza.

Sementara itu, Faiz Rozain dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempamer aksi cemerlang dengan meraih pingat emas dalam kategori perseorangan lelaki menewaskan Tai Chuan Zhe (Universiti Multimedia) dalam acara baminton di temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) di sini hari ini.
Faiz yang juga pemenang pingat emas pada Sukan Universiti Asean (AUG) 2022 yang lalu, menang dalam pertarungan sengit yang berlanjutan sehingga ke set penentuan sebelum melakar kemenangan dengan keputusan 21-18, 19-21, 21-9.
“Pemain lawan memberikan saingan yang hebat tetapi kecederaannya pada set kedua memberi sedikit kelebihan kepada saya untuk membawa perlawanan ke rubber set dan pada set ketiga tiada masalah untuk menundukkan Chuan Zhe ,” jelasnya.
Selepas tampil cemerlang di AUG dan satu emas di SUKIPT, tumpuan Faiz selepas ini terarah untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa yang akan berlangsung di Indonesia dalam masa yang terdekat.
Dalam kategori perseorangan wanita akhir, Lim Jing Ning dari Universiti Sains Malaysia (USM) merangkul emas selepas menewaskan lawan dari Universiti Malaya (UM), Erica Hoh Ji Ling.
Jing Ning bagaimanapun mendapat tentangan sengit daripada lawannya itu sehingga permainan berlanjutan ke set penentuan sebelum melakar kemenangan 21-9, 23-25, 21-14.
Jing Ning lega dengan kemenangan di SUKIPT selepas penampilannya di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand awal bulan ini berakhir dengan kekecewaan selepas ditimpa kecederaan.

Sementara itu, gandingan dari Sunway Universiti Eng Chun Yu dan Yong Jing Ren turut melakar kejutan apabila meraih pingat emas dalam acara beregu lelaki selepas menewaskan beregu pilihan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ameer Amri Zainuddin dan Mohammad Faris Za’Im Abdul Khalid.
Chun Yu-Jin Ren bagaimanapun perlu berhempas pulas sebelum melakar kemenangan ke atas Ameer – Mohamad Faris yang juga pemenang gangsa di Sukan Universiti Asean (AUG) lalu dalam pertarungan yang berlanjutan sehingga ke set penentuan 21-19, 19-21, 21-16.
Dalam acara beregu wanita , pingat emas menjadi milik Desiree Siow Hao Shan dan Ng Qi Xuan dari Taylor University selepas mengalahkan pasangan Noorhazwani Hazair dan Teoh Lexuan.
Desiree dan Qi Xuan mendapat tentangan yang hebat dalam aksi tiga set sebelum lakar kemenangan dengan keputusan 18-21, 21-13, 21-16, dalam tempoh sejam.
Bagi beregu campuran pula pasangan Nosius Luaran dan Gan Jing Err dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), merangkul pingat emas dengan menewaskan pasangan Lye Jun Yew dan Yeshveenii A/P Kalaiselvan dari Politeknik Malaysia.
Jing Err yang juga pemenang pingat gangsa perseorangan wanita dalam Sukan Universiti Asean (AUG) 2022 buat pertama kali bergandingan dengan Neville , menang dalam pertarungan mudah dengan keputusan 21-15, 21-15.
Add Comment