Lain-Lain

Kayak : Politeknik Malaysia, UiTM sama unggul


FOTO SUKIPT

TANJONG MALIM – Politeknik Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) masing-masing membolot dua daripada lima pingat emas yang dipertandingkan pada hari kedua acara kayak Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2020 pada Isnin.

Emas pertama Politeknik Malaysia di Tasik Marina Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dimenangi dalam kategori TK2 berpasangan lelaki menerusi Muhammad Bahij Rabbani Mohamad Rizal dan Muhammad Fakrullah Mohd.

Rumaize manakala Muhammad Ridzuan Abdul Aziz unggul dalam acara perseorangan TK1 lelaki.

UiTM pula lebih unggul dalam acara wanita apabila pasangan Aimi Ayuni Azwan dan Aisyah Farhanan Azwan memenangi TK1 manakala acara TK2 dikuasai Marina Muzaffa.

Skuad kayak tuan rumah UPSI tidak pulang hampa apabila turut meraih satu emas menerusi Muhammad Shafik Ikhwan Hamzah dan Roqaiyah Nor Amran yang bergandingan dalam acara TK2 campuran.

Pengurus pasukan kayak Politeknik Malaysia, Khairul Nazry Talib yang ditemui kemudian jelas bangga dengan pencapaian barisan atletnya hari ini walaupun skuadnya tidak memenuhi sasaran pingat.

“Walaupun sebenarnya kami menyasarkan lebih banyak pingat emas tetapi saingan yang diberikan oleh universiti lain cukup sengit, dan kita puas hati dengan pencapaian dua emas ini.

“Pencapaian itu yang cukup baik memandangkan atlet kami sudah lama tidak melibatkan diri dalam kejohanan-kejohanan lain, jadi ini merupakan permulaan yang memberangsangkan,” tambahnya.

Khairul juga berharap pencapaian anak buahnya itu akan diteruskan hingga ke peringkat kebangsaan terutama sekali Sukan Malaysia (SUKMA) pada September nanti.

Jurulatih sukan kayak UiTM Adam Aris pula berkata, pihaknya amat bersyukur walaupun tidak mendapat peluang untuk menyapu bersih semua emas.

“Menang atau kalah adalah adat pertandingan tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan walaupun ada beberapa kesilapan yang menyebabkan atlet kami melepaskan peluang keemasan,” katanya.

Katanya, kini pihaknya akan menyiapkan atlet UiTM untuk menghadapi beberapa kejohanan seterusnya termasuk SUKMA, kejohanan kebangsaan dan Sukan SEA.

FOTO SUKIPT

Sementara itu, UiTM menambah koleksi pingat emasnya apabila menyapu bersih kedua-dua emas yang dipertandingkan di gelanggang petanque hari ini.

Beraksi pada hari terakhir acara UiTM membuktikan keunggulannya menerusiacara trio lelaki yang dianggotai Mohamad Muqri A’rif Mohamad Sapiny, Ezzeff Ezani dan Hasbullah Ahmad Aminudin.

Trio UiTM jelas terlalu unggul untuk disaingi apabila mereka mudah menewaskan trio dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dibarisi Muzaffar Ikrami Ibrahim, Muhammad Haziq Mohd Hisham dan Akmal Hakim Abdul Hallim dengan keputusan 13-0.

Satu lagi pingat emas disumbangkan melalui acara trio wanita menerusi Nurin Izzati Hakim Salim, Nurul Hazirah ‘Izzati Hussin dan Nur Nadirah Burhan Shahidi selepas mereka berjaya mengalahkan pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) yang dibarisi Nur Izzati Adilah Mohd Noor, Nurul Najihah Mat Seman dan Khairunnisa Izzati Kamaruddin dengan keputusan 13-4.

Pasukan lelaki Politeknik Malaysia dan pasukan wanita Kolej Komuniti Malaysia pula masing-masing membawa pulang pingat gangsa.

Kemenangan hari ini bermakna UiTM memenangi empat daripada enam emas dipertandingkan secara keseluruhan dalam acara petanque selepas mereka merangkul pingat emas acara perseorangan wanita dan beregu lelaki sebelum ini.

FOTO SUKIPT

Menurut jurulatih pasukan petanque UiTM, Syed Ali Syed Akil prestasi cemerlang pasukannya tidak akan wujud jika pemainnya tidak bekerja keras terutama ketika latihan pusat yang diadakan selama dua minggu sebelum SUKIPT 2022 berlangsung.

Katanya, pasukan petanque UiTM pada awalnya hadir dengan hanya mensasarkan untuk memenangi dua pingat emas tetapi kini akan pulang dengan dua emas bonus.

Ditanya mengenai hala tuju pemainnya selepas SUKIPT, Syed Aqil berkata fokus mereka kini adalah menyiapkan diri untuk menghadapi SUKMA 2022 yang akan bermula pada 16 September di Kuala Lumpur.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d