
The Bos Gaurus melanjutkan kontrak pemain import mereka, Sunday Kolawole Afolabi bagi tempoh dua tahun lagi selepas menampilkan aksi cemerlang pada musim 2022.
Pemain yang beraksi di posisi tengah itu menampilkan aksi yang memuaskan selain memberikan komitmen tinggi pada setiap perlawanan.
Menurut Pegawai Eksekutif Perak FC Bobie Farid Shamsuddin, pemain dari Nigeria itu dilihat mampu menjadi antara tonggak yang akan mengembalikan zaman kegemilangan pasukan tersebut selepas ini.
“Sunday datang kepada kami sebagai bakat asal, tetapi beliau seorang yang berhati besar dan sentiasa menginginkan untuk menang.
“Kami mahukan sikap seperti ini, untuk membawa kelab kembali ke zaman kegemilangannya. Beliau masih muda dan mengambil masa untuk mempelajari budaya Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Bagi Sunday pula, dia menghargai kepercayaan yang diberikan dan akan terus memberikan komitmen kepada Perak PC pada setiap perlawanan.
Sebagai rekod, pemain berusia 23 tahun ini pernah beraksi di beberapa kelab di Portugal, Slovakia dan Republik Czech sebelum memyertai Perak FC pada Jun lalu.
Add Comment