Lain-Lain Terkini

600 sukarelawan jayakan SUKIPT 2022


Dr Pekan bergambar bersama sukarelawan selepas menyampaikan amanat kepada mereka di UPSI. FOTO SUKIPT

600 sukarelawan menjadi tonggak menjayakan penganjuran Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT), Edisi ke 5, 2022 yang membuka tirai pada hari ini di Universiti Pendidikan  Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.

Seluruh kontinjen universiti dari seluruh  negara bakal mengambil bahagian pada kejohanan ini bagi meneruskan kesinambungan empat SUKIPT lalu dalam menyediakan lebih banyak ruang kepada atlet IPT bertanding di ruang kompetitf dan terbuka.

Logo SUKIPT 2022

Pada Khamis, 600 sukarelawan SUKIPT 2022 telah mendengar amanat yang telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Strategik Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Pekan Ramli di UPSI.

Mereka akan menjadi sebahagian daripada tonggak di dalam menjayakan penganjuran SUKIPT 2022.

SUKIPT 2022 yang bermula pada 12 Ogos akan berlangsung selama 11 hari sebelum menutup tirai pada 22 Ogos.

Jadual umum SUKIPT 2022

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: