Bola Sepak

Rimau Muda B16 digesa tingkat lagi prestasi


FOTO FAM

Ketua Jurulatih Harimau Malaya Bawah 16 tahun, Osmera Omaro masih belum berpuas hati dengan prestasi pemainnya walaupun mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Kemboja pada aksi pertama Kumpulan C Kejuaraan B-16 AFF 2022 di Yogyakarta pada Selasa.

Menurutnya, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki jika mahu mara jauh dalam kejohanan ini.

“Tahniah kepada pemain bersungguh-sungguh mendapatkan kemenangan. Secara keseluruhan masih banyak aspek yang perlu dibaiki. Masih banyak kerja yang kita perlu lakukan namun ini adalah satu permulaan baik kerana bermula dengan kemenangan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengulas aksi kedua menentang Myanmar pada Jumaat, beliau masih belum sempat untuk menonton video pasukan tersebut semasa menang 3-2 ke atas Australia.

“Buat masa ini kita sudah ada sedikit maklumat tentang Myanmar sebab mereka bermain lebih awal daripada kita. 

“Kita akan rangka pelan untuk menghadapi pasukan ini selepas membuat analisis aksi mereka menentang Australia. 

“Namun saya jangka tidak banyak beza dengan Kemboja ini,” ujarnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: