Bola Sepak

Gol lewat julang Sabah, Negeri Sembilan dan Sarawak United


Negeri Sembilan tewaskan Selangor 2-3 di Petaling Jaya pada malam Ahad.

Sabah dan Negeri Sembilan menunjukkan kualiti sebagai pasukan kelompok atasan Liga Super 2022 di tangga kedua dan ketiga apabila bangkit menewaskan lawan masing-masing pada penghujung perlawanan pada malam Ahad.

Sarawak United pula melonjak ke tangga kesembilan liga super juga hasil kemenangan menerusi jaringan lewat permainan.

Amri Yahyah menjadi wira Sabah apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Sabah menewaskan Melaka United di Stadium Likas.

Pelawat terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Ifedayo Olusegun pada minit ke-23 dan keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Kebangkitan The Rhinos bermula pada minit ke- 65 apabila Amri menyamakan kedudukan 1-1 hasil sepakan volinya.

Pemain itu menjadi wira apabila memastikan tuan rumah meraih tiga mata pada masa kecederaan masa permainan untuk meletakkan Sabah 2-1 di hadapan di saat Melaka United seolah-olah hampir membawa pulang satu mata.

Sementara itu di Stadium MBPJ, Selangor perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal mempertahankan dua jaringan awal dimiliki mereka Caion dan Yazan Al-Arab pada minit ke-8 dan 30.

Negeri Sembilan bangkit menyamakan kedudukan 2-2 menerusi dua jaringan Gustavo Almeida pada minit ke-67 dan 80.

Sean-Eugene Selvaraj menutup malam kemenangan Negeri Sembilan menewaskan Selangor 3-2 menerusi jaringan bertaraf dunia pada minit ke-88.

Di Stadium Bandaraya, gol lewat Gonzalo Sato memastikan Sarawak United berjaya menewaskan Penang 2-3 pada minit ke-84 apabila menyempurnakan percubaan gol muntah oleh Unche Agba yang terkena tiang.

Terdahulu, aksi kedua-dua pasukan seimbang apabila Nor Azizi Ramlee dan Uche Agba meletakkan Sarawak United di depan dua kali pada minit ke-5 dan 28.

Namun Lucas Silva berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-17 dan 30 sebelum babak separuh masa pertama tamat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: