Bola Sepak

Selangor ranapkan impian Sabah di Likas


FOTO SELANGOR FC

Selangor FC muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir Piala FA 2022 selepas mengejutkan Sabah FC 2-0 pada aksi suku akhir di Stadium Likas pada Sabtu.

Beraksi di laman lawan sedikitpun tidak mengentarkan semangat lawan Gergasi Merah apabila terlebih dahulu berada di hadapan seawal minit pertama menerusi Yuri Henrique untuk meletakkan pasukan pelawat di hadapan 0-1.

Gol tersebut berpunca daripada gerakan serangan balas yang dilakukan oleh pasukan pelawat.

Skuad kendalian Michael Feichtenbeiner bagaimanapun diasak oleh The Rhinos untuk memburu gol penyamaan dan kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan sehingga tamat separuh masa pertama.

Tempo perlawanan kedua-dua pasukan meningkat lebih laju dengan berbalas-balas serangan sebaik separuh masa kedua bermula.

Namun, Selangor terus melebarkan jurang permainan kepada 0-2 menerusi Herlison Caion pada minit ke-80 untuk terus memberikan tekanan kepada pasukan tuan rumah.


Jaringan tersebut berhasil selepas Caion mudah menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Lim menerusi situasi satu lawan satu bagi menghampakan hampir 20,000 penyokong tuan rumah.


Kebangkitan cuba dilakukan oleh Sabah FC namun keputusan 0-2 kekal sehingga ke wisel penamat untuk menyaksikan Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: