Bola Sepak

Kebangkitan sensasi Penang ke separuh akhir Piala FA


FOTO MFL

Pasukan kelompok bawah Liga Super 2022, Penang FC melakukan kebangkitan sensasi untuk mara ke separuh akhir Piala FA 2022 apabila berjaya menewaskan Sri Pahang FC 5-2 pada peringkat suku akhir di Stadium Darul Makmur pada Sabtu.

Tuan rumah perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal mempertahankan kelebihan dua gol awal dimiliki pada minit ke-12 menerusi Steven Rodriguez dan minit ke-20 oleh Azwan Aripin.

Kebangkitan Harimau Kumbang bermula menerusi T Saravanan pada penghujung separuh akhir pertama pada minit ke-47 untuk merapatkan jurang kepada 2-1.

Menuju penghujung separuh masa kedua, Hilal El Helwe menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-86 untuk menghidupkan kembali peluang Penang FC apabila mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Kelebihan berpihak kepada pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan apabila tuan rumah beraksi dengan sembilan pemain apabila dilayangkan kad merah akibat kekasaran yang dilakukan.

Penang FC menambah tiga lagi jaringan menerusi Lucas Silva pada minit ke-96 diikuti oleh Hilal pada minit ke-99.

K Thivandaran menutup malam gemilang pasukan tersebut dengan menjaringkan gol pada minit ke-118 untuk membantu Harimau Kumbang mara ke separuh akhir Piala FA 2022 dengan kemenangan besar 5-2.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: