Bola Sepak

Bergson pastikan JDT mara, TFC menganas di Kuala Terengganu


Bergson

Jaringan Bergson Da Silva pada masa kecederaan memastikan JDT berjaya mengatasi Melaka United FC 1-2 di Stadium Hang Jebat pada Sabtu untuk memastikan mereka mara ke separuh akhir Piala FA 2022.


Gol kemenangan tersebut hadir menerusia sepakan penjuru oleh pemain JDT sebelum ditanduk masuk Bergson bagi menewaskan penjaga gol tuan rumah, Tian Keat See ang yang sebelum itu cemerlang menafikan beberapa peluang keemasan Harimau Selatan.


Pada aksi tersebut, JDT terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Hazwan Bakri seawal minit ke-4 untuk mengejutkan penyokong tuan rumah.


Namun, Sang Kancil yang diperkuatkan kembali dengan kehadiran Ifadayo di jentera serangannya terus mengasak kubu pelawat untuk memburu gol penyamaan dan berhasil pada minit ke-85 mengikat JDT 1-1 hasil sepakan penalti Sony Norde.


Perlawanan yang seakan-akan diheret ke masa tambahan itu bagaimanapun dinafikan oleh Bergson pada masa kecederaan untuk memastikan JDT mara sebagai empat pasukan terbaik Piala FA musim ini.


Sementara itu, di Kuala Terengganu, Terengganu FC tidak mempunyai masalah untuk menjinakkan wakil tunggal pasukan Liga Premier, Kuching City FC dengan jaringan 4-1.


Sang Penyu mara ke separuh akhir Piala FA 2022 hasil jaringan Muhd Faiz Nasir pada minit ke-20, dua jaringan menerusi Kipre Tchetche (minit ke-72 dan 79) dan Faisal Abdul Halim pada minit ke-87.


Pelawat pula memperolehi gol saguhati menerusi Amir Amri Salleh  pada minit ke-42.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: