
Kelab Bolasepak Sri Pahang mengumumkan Pengurus pasukannya, Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih interim pasukan Liga Super Sri Pahang sehingga akhir musim 2022.
Kelab tersebut dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, Dollah mengambil alih tugasan daripada Christophe Gamel yang tidak diteruskan khidmatnya.
“Kelab mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Christophe Gamel.
“Sementara itu, Sri Pahang turut berbesar hati mengumumkan Fandi Ahmad sebagai Penasihat Teknikal kelab,” katanya.
Fandi bukanlah nama asing dalam kalangan penyokong Sri Pahang, beliau pernah menyarung jersi tok gajah selama dua musim dan merupakan anggota skuad kejuaraan berganda Liga Premier dan Piala Malaysia 1992.
“Semoga kepakaran dan pengalaman Fandi Ahmad akan memanfaatkan pasukan Sri Pahang,” ujarnya.
Add Comment