
Endrick Dos Santos terlepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada malam Rabu bagi aksi Liga Super 2022 selepas pemain tersebut diminta mengambil cuti rehat oleh pengurusan Penang FC.
Kelab tersebut dalam satu kenyataan berkata, tiada arahan atau hukuman penggantungan pemain dilaksanakan oleh pihak Pengurusan kelab terhadap pemain tersebut.
“Beliau (Endrick) hanya diminta mengambil cuti rehat sehingga 31 Julai 2022,” kata Penang FC di laman Facebook rasminya.
Harimau Kumbang akan menerima kunjungan pendahulu Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya pada malam Rabu.
Tindakan Penang FC memberikan cuti rehat kepada Endrick menjadi tanda tanya kepada para penyokongnya kerana pasukan itu juga terdesak untuk memburu mata.
“Nk lawan team kuat boleh plak bagi cuti. Dia bersalin ke?,” kata Stanly Albert.
“Bagi la dia rehat smpai hujung musim..bagi peluang anak muda main pulak,” luah seorang lagi penyokong, Muhamad Afiq Arif.
Add Comment