Bola Sepak

Kelayakan Piala AFC B-20 2023 pula menanti


FOTO FAM

Kejayaan muncul juara Piala B-19 AFF 2022 menjadi pemangkin motivasi persediaan menjelang Kelayakan Piala AFC Bawah 20 Tahun (B-20) 2023 yang dijadual berlangsung di Mongolia, September ini.

Ketua jurulatih skuad B-19 negara, Hassan Sazali melihat kejohanan tersebut juga sebagai pertandingan ‘pemanas badan’ kerana ujian lebih getir menanti mereka di Mongolia.

“Mungkin dengan kejayaan ini boleh dijadikan sebagai satu moral dan persiapan lebih rapi bagi pasukan Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam peringkat Asia,” katanya.

Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama juara terbanyak sebanyak 12 kali iaitu Korea Selatan, Sri Lanka dan pasukan tuan rumah, Mongolia.

Mengulas lanjut, beliau enggan pasukan muda negara terbuai dengan kejayaan menjinakkan Laos 2-0 pada final di Stadium Patriot Candrabhaga di Bekasi pada Jumaat.

“Kesemua pemain mengikut segala rancangan taktikal yang telah diatur dengan baik sekali. Saya anggap kejohanan ini sebagai ‘pemanas badan’ untuk melangkah dengan lebih jauh lagi pada kelayakan Piala AFC B-20 bulan September depan,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading