Bola Sepak

Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam bakal beri limpahan ekonomi besar


Amirudin (tiga kiri) menyaksikan Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan Surat Niat (LO) kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi cadangan terperinci mengenal pembangunan baharu Stadium Shah Alam pada Jumaat.

Pembangunan baharu Stadium Shah Alam yang berusia hampir 30 tahun dan kawasan sekitarnya bakal memberikan kesan limpahan ekonomi yang amat besar, bukan sahaja di kawasan sekitarnya, tetapi juga kepada Selangor secara keseluruhannya.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, pembangunan baharu ini diambil setelah proses yang panjang dan teliti dilaksanakan bermula dari tahun 2013.

“Kerajaan Negeri menyedari maklum balas orang ramai mengenai Stadium Shah Alam ini. Ada yang mahu Kerajaan Negeri membaiki kemudahan sukan ini dan mengembalikan zaman kegemilangannya. Ada juga yang merasakan bahawa kita harus membina semula dengan kemudahan moden dan memberikan nafas baharu kepada stadium ini.

“Setakat ini, segala cadangan dan pandangan telah diteliti dan akan dikemukakan kepada pemaju untuk dipertimbangkan. Berdasarkan kajian terbaru, kos keseluruhan untuk membaik pulih Stadium Shah Alam adalah sekitar RM 787 juta,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan Surat Niat (LO) kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi cadangan terperinci mengenal pembangunan baharu Stadium Shah Alam.

Majlis tersebut turut dihadiri Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Tuan Mohd Khairuddin Othman, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, pegawai kanan Kerajaan Selangor, wakil Menteri Besar Selangor (Perbadanan) (MBI Selangor), Persatuan Bola Sepak Selangor dan Selangor FC.

Tambahnya, beliau juga menjemput orang ramai untuk berkongsi maklum balas mengenai cadangan pembangunan kompleks sukan itu dengan menghantar idea mereka ke platform digital Kompleks Sukan Shah Alam iaitu @KompleksSukanSA di Facebook dan Twitter.

Satu pameran mengenal pembangunan kompleks sukan ini juga akan diadakan selewat lewatnya pada bulan September agar orang ramai lebih memahami isu-isu yang menyelubungi rancangan pembangunan yang dicadangkan. Orang ramai juga boleh berkongsi maklum balas mereka di pameran tersebut.

Dalam perkembangan sama, Amirudin turut menjawab kebimbangan mengenai bebanan kewangan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri akibat daripada projek ini ketika rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup seperti inflasi.

“Projek pembangunan ini akan menjadi satu perkongsian awam-swasta dengan penyelesalan menang-menang untuk semua. Di pihak Kerajaan Negeri, tiada dana awam yang akan diguna pakai untuk projek ini.

“Usaha ini bukan sahaja berteraskan kelestarian kewangan, tetapi juga kelestarian alam sekitar kawasan ini. Kami juga menjangkakan kesan limpahan ekonomi yang amat besar, bukan sahaja di kawasan sekitamya, tetapi juga kepada Negeri Selangor secara keseluruhannya,” ujarnya.

Jelasnya, projek tersebut akan memanfaatkan akses dan kelebihan sedia ada di kawasan itu, seperti lokasi strategiknya dan jaraknya yang dekat dengan stesen bagi laluan LRT3, yang dijadualkan beroperasi menjelang 2024.

Menurutnya, MRCB dilantik selepas melalui proses pemilihan yang ketat, yang menyaksikan 15 syarikat lain mengambil bahaglan, temasuk syarikat antarabangsa dan syarikat tersenarai awam lain.

Sementara itu, bagi pihak MRCB, Datuk Dell Akbar menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas keyakinan terhadap syarikat tersebut untuk merangka pelan pembangunan bagi projek ini.

“Kami memahami perhatian dan tumpuan yang diberikan terhadap projek ini, terutamanya sentimen rakyat Selangor yang membesar dengan Stadium Shah Alam yang amat dekat di hati mereka. 

“Kami juga mengalu-alukan maklum balas orang ramai agar kami dapat mengemukakan satu cadangan yang mengambil kira kepentingan setiap pihak, terutamanya orang awam dan Kerajaan Negeri,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading