Bola Sepak

21 pemain NFDP bukti kualiti di Piala AFF B-19


Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) kembali membuka mata pemerhati dan peminat bolasepak tanah air apabila 21 daripada 25 pemainnya kini membarisi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Bawah 19 tahun sepanjang Kejohanan Bola Sepak Piala AFF 2022, Indonesia sehingga mara ke pentas final pada Jumaat.

Rata-rata peminat melihat barisan pemain sedia ada mampu menjadi pelapis kepada pasukan bawah 23 tahun dan senior negara pada masa hadapan.

NFDP dalam ciapan di twitternya pula berbangga dengan prestasi pemain yang ditunjukkan pada kejohanan tersebut yang selangkah lagi untuk muncul juara.

“Daripada keseluruhan 25 orang pemain yang mewakili negara, 21 orang adalah merupakan graduan dari program NFDP.

“Daripada Pusat Latihan Daerah (PLD) Kuala Selangor adalah Haikal Sahar manakala PLD Pasir Puteh adalah Adli Ahamad.

“Bagi Sekolah Sukan Negeri Kuala Lumpur pula diwakili Haqimi Azim,” tulisnya.

Jelas NFDP lagi, pemain dari Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) bagi tahun 2003 dibarisi Syahmi Adib Haikal, Muhammad Faiz Amer Runizar, Fakrul Fareez, Azannis Adzri, Haiqal Haqeemi, Ziad El Basheer dan Najmudin Akmal.

Menurutnya, bagi AMD 2004 pula dibarisi oleh Abdul Rahman, Alif Farhan, Izrin Ibrahim, Aliff Izwan, Danish Irfan, Adam Farhan, Adam Daniel dan Zulhilmi Sharani.

“Bagi AMD Generasi 2005 pula diwakili tiga pemain iaitu Zuryhakim Zafran, Adam Haikal dan Haykal Danish.

“Kami mendoakan kejayaan pasukan negara untuk aksi final nanti menentang pasukan Laos esok,” tambahnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: