Bola Sepak

Terima kasih Maloney!


Brad Maloney

Ketua jurulatih B-23 kebangsaan, Brad Maloney secara rasmi melepaskan jawatannya menerusi persetujuan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Rabu.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, Ia dicapai selepas Maloney, 50, hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Menurutnya, terdahulu jawatankuasa tersebut membentangkan laporan prestasi pasukan kendaliannya pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun lalu.

“Maloney merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana telah memberi peluang untuk beliau berkhidmat selama lapan tahun sejak 2014 yang mana ia telah banyak membantu dalam meningkatkan karier kejurulatihannya bermula sebagai penolong jurulatih B-23 kebangsaan kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik sebagai ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan.

“Selamat maju jaya kepada Maloney dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini. Jasa dan sumbangan beliau sepanjang lapan tahun bersama FAM ini akan sentiasa dikenang. Terima kasih,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: