Antarabangsa Bola Sepak Terkini

MALAYSIA TEPATI RAMALAN JUARA PIALA AFF BAWAH 19 TAHUN


Foto: Sportflex

Oleh : Alieff Firdaus

Skuad Bawah 19 tahun negara sekali lagi mencatat sejarah kedua apabila berjaya menjadi juara Piala AFF pada aksi yang berlangsung malam tadi di Stadium Patriot Candhrabhaga, Bekasi, Indonesia apabila berjaya menundukan Laos 2-0.

Gol kemenangan negara dijaringkan seawal minit ke 14 oleh pemain pertahanan negara, Muhammad Faiz Amer Ruznizar. Selepas itu, pasukan negara hampir menambah jaringan melalui rembatan pemain tengah, Ziad El Basheer pada minit ke 25 tetapi tersasar melewati jaringan.

Foto: Sportflex

Bermula babak kedua, kedua-dua pasukan melakukan serangan balas bertubi-tubi. Kem pasukan negara menambah jaringan pada minit ke 76 hasil hantaran lintang oleh pemain pertahanan negara, Aliff Izwan Yuslan. Kedua- dua pasukan saling berbalas serangan namun keputusan kekal sehingga ke akhir perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: