BANGI, SELANGOR – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melakar sejarah tersendiri apabila muncul kali pertama selaku Juara Bolasepak Piala Menteri Pengajian Tinggi setelah menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2-0 untuk kemenangan agregat (3-0) pada aksi Final ke dua di Stadium UKM, Bangi, semalam.
Berbekalkan kemenangan tipis 1-0 di Stadium UPNM di Sungai Besi, minggu lalu, pasukan pelawat dijangka berdepan kesukaran menentang tuanrumah UKM yang juga merupakan juara tiga kali kejohanan.
Tambah mendebarkan apabila Stadium UKM di Bangi mencetuskan suasana luar biasa apabila dibanjiri lebih lima ribu penonton kedua-dua IPT dengan sorakan gendang dan nyanyian ‘Ultras’ tanpa henti hingga tamat permainan. Buat julungnya perlawanan akhir Piala Menteri Pengajian Tinggi ini dihadiri Yang Berhormat Menteri Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Namun aksi UPNM ternyata begitu kental sekalipun UKM dilihat lebih banyak menguasai permainan secara keseluruhan. Pemain tengah Muhammad Ikhmal Zuri Ismadi melakukan rembatan dari jauh untuk pada menghasilkan jaringan pertama UPNM pada minit ke-16.
Ia sekaligus mengejutkan tuanrumah UKM yang terus bekerja keras untuk mencari jaringan dan terlepas beberapa peluang keemasan terutama dihampakan oleh kekebalan penjaga gol UPNM, G.Navind Raj.
Pada ketika UKM sibuk melakukan asakan demi asakan ke kubu UPNM, Ketua Pasukan N.Thineswaran meleburkan harapan UKM untuk bangkit dengan jaringan cantik ke sudut yang sukar untuk UPNM selesa di depan dengan 2-0 di penghujung permainan. Sekaligus UPNM merangkul kejuaraan pertamanya pada edisi ke-10 kejohanan.
Tambah mengembirakan apabila UPNM turut merangkul dua anugerah kejohanan menerusi pemain terbaik perlawanan akhir N.Thineswaran dan penjaring terbanyak kejohanan Muhammad Hadi Mohamad.
Selaku juara, UPNM menerima hadiah wang tunai RM 10 ribu ringgi berserta trofi, manakala UKM selaku naib juara menerima hadiah wang tunai RM 7 ribu ringgit, ketiga UnisZA dan UiTM keempat. Hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Tamat
Add Comment