Bola Sepak

TFC singkirkan juara bertahan, mara suku akhir Piala FA 2022


Faiz menjaringkan gol kemenangan TFC. FOTO MFL

Terengganu FC (TFC) mara ke suku akhir Piala FA 2022 selepas menewaskan juara bertahan,Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu.Kebangkitan Kedah Darul Aman (KDA) FC di pentas Piala Asia 2022 gagal diteruskan di peringkat Liga Malaysia apabila gol tunggal lawan cukup untuk menyingkirkan Sang Kenari.

Hasrat juara bertahan Piala FA itu untuk melangkah ke peringkat lapan pasukan terbaik tidak kesampaian apabila jaringan awal pemain TFC, Faiz Nasir menanduk masuk gol pada minit ke-7 perlawanan meranapkan impian.

Gol itu berpunca hasil hantaran menarik menerusi Faisal Halim dari sebelah kanan gawang gol pasukan lawan selepas mengelirukan pertahanan KDA FC.

Jaringan jelas memberikan tekanan kepada Sang Kenari yang berusaha bangkit memburu gol penyamaan namun keputusan tersebut kekal sehingga ke separuh masa pertama.

Pada minit ke-49, KDA FC mempunyai kelebihan apabila pemain TFC, Pape Diakite dilayangkan kad merah selepas menarik Ronald Ngah Wanja yang cuba membuat larian solo ke kubu lawan.

Namun kelebihan yang dimiliki gagal membantu Sang Kenari selepas banyak percubaan dan serangan berjaya dipatahkan oleh Sang Penyu dan keputusan tersebut kekal sehingga ke wisel penamat dengan keputusan 1-0.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: