Bola Sepak

Piala FA: Derbi Lembah Klang milik Selangor, mara suku akhir


Pemain Selangor FC meraikan jaringan Aliff Haiqal.

Pertembungan Derbi Lembah Klang bagi aksi pusingan kedua Piala FA 2022 menjadi milik Selangor FC apabila menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Jumaat.

Gol kemenangan The Red Giant dihasilkan oleh Aliff Haiqal pada minit ke-62 membawa pasukannya mara ke suku akhir Piala FA 2022 untuk bertemu Sabah FC pada 23 Julai ini.

Jaringan terhasil apabila berlaku sedikit keadaan kelam kabut dalam kotak penalti apabila Caion terlepas bola dari kawalan selepas diasak pemain pelawat sebelum bola itu disambar oleh Aliff untuk gol kemenangan.

KL City memburu gol penyamaan dan berpeluang untuk melakukan melalui dua percubaan Jordan Mintah namun berjaya dinafikan oleh Samuel Somerville.

Sementara itu, Pengendali Selangor FC, Michael Feichtenbeiner berkata, beliau mengakui pasukannya turun dengan sedikit tekanan namun pemain-pemainya masih mampu mengawal dengan baik.

Menurutnya, mereka tidak mempunyai pilihan lain selepas ini melainkan memburu kemenangan demi kemenangan pada setiap perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: