
Jaringan Park Tae Su berjaya memastikan Sabah FC menewaskan Negeri Sembilan FC 1-0 di Stadium Paroi pada aksi Liga Super 2022 pada Ahad.
Kejayaan itu meletakkan The Rhinos dalam kedudukan terbaik untuk memberi tekanan kepada pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini hanya dibezakan satu mata sahaja.
Bagaimanapun, Harimau Selatan yang telah mengutip 23 mata masih mempunyai kelebihan dengan satu perlawanan lagi apabila beraksi sembilan perlawanan berbanding The Rhinos yang mengutip 22 mata selepas 10 perlawanan.
Kedudukan ketiga menjadi milik Skuad Jang dengan 20 mata selepas 12 perlawanan dan rekod penjaga gol NSFC Syihan Hazmi yang belum bolos sejak empat perlawanan lalu tewas jua kepada jaringan Tae Su pada minit ke-62.
Aksi menarik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan terutamanya pasukan tuan rumah yang berusaha untuk memburu gol penyamaan bagi mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata.
Add Comment