Bola Sepak Komentar Rencana Terkini

BUAT STADIUM MEGA TAPI TAK RETI JAGA


Bicara Otai Sukan: Dr Pekan Ramli

Buat Stadium Mega, tapi tak reti jaga, akhirnya yang tinggal memang ‘JAGA’ atau ‘Pak Guard’ je. Ini cerita sensasi dan ‘hot’ dek cerita beberapa Stadium bolasepak di Malaysia yang tiba-tiba ‘meletop’ akhir-akhir ini. Buat malu anak bangsa……… macam orang lelaki pandai buat anak je, tapi tak pandai jaga anak. (Jangan marah, berkias je tu).

Bina Stadium besar-besar, belanja bukan ciput-ciput, beratus-ratus juta. Dulu bina memang ada sebab, kita jadi tuanrumah temasya sukan besar. Ada yang peringkat negeri atau kebangsaan macam sukan ‘Syokma’ tu. Puluhan jutaan ringgit juga belanjanya tak termasuk buat Stadium dan ‘upgrade’ fasilitis baru.

Dulu pun kita kerap juga menjadi tuanrumah penganjuran sukan di peringkat antarabangsa hingga terpaksa buat Stadium baru, litar baru, ‘upgrade’ venue baru, fasilitis baru atau lebih dikenali sebagai sukan ‘Masyokma’. Ini pun makan belanja mencecah ratusan jutaan ringgit juga.

Namun selepas itu ‘Stadium’ atau ‘Venue’ yang canggih dibina itu tinggal kosong tak digunakan, ada juga yang jadi ‘pusat kesihatan percuma’ tanpa doktor kecuali pesakit buat rawatan sendiri datang dan pergi sesuka hati (mat petlah).

Acara-acara sukan besar tu pun banyak yang dah ‘halimunan’ terus, tambahan pula terkena taufan ‘covid’. Kata orang putih telah dibadai ‘dissappear’, langsung hilang. Nak muncul semula sukan-sukan besar tu lagilah usah mimpi nampaknya.

Tambah pulak sekarang ni kebanyakan  pemimpin-pemimpin dan ahli politik (terutama pasca covid ni) lebih berminat

dengan ‘saham akhirat’ je, untuk bekalan masuk syurga nanti, duit kerajaan pun buat macam duit sendiri, semua duit kalau boleh nak bagi kat orang susah-susah je, golongan B40, Asnaf, balu-balu, janda-janda, (duda-dua takde pulak), anak yatim, orang kurang upaya, tambahan pulak untuk negeri-negeri yang dilanda bencana banjir kilat, kepala air dan sebagainya.

Jangan mimpilah nak ambik kisah bab-bab sukan ni……buang duit je kononnya…….. esok bila dah terlantar sakit atas katil baru tak kisah buang duit untuk ‘beli’ ‘kesihatan’, barulah teringat pasal sukan, baru nak ‘eksesais’……biasalah tu….

Bab Stadium dan fasilitis jutaan ringgit yang akhirnya terbiar ni selalu kita kaitkan dengan peribahasa ‘ibarat gajah putih’. Kelihatan sebongkah besar dari jauh, tapi sunyi sepi, dari rupanya putih bersih lama-

 lama jadi kelabu, pudar, hitam berlumut dan buruk macam ‘mati meragan’ jadinya.

Terlanjur media tanya saya isu Stadium ni, maka saya hikayatkan sedikit cerita-cerita Stadium yang ada di negara kita ni.

Begini ceritanya, ada sebuah Stadium yang besar, teguh dan peramah ni sampai jadi isu antarabangsa dan telah memalukan kita berkali-kali termasuk baru-baru ini di pusingan kelayakan akhir ke Piala Asia 2023.

Sumber: mstar

Dulu dibina untuk ‘Kuala Lumpur 98’ (RM800 juta tu nilai bina Stadium ni, bukan sikit anak belanjanya, hampir satu bilion ringgit waktu tu). Memang hebat dan kagumlah rakyat ‘jalur gemilang’.

Pantang singgah kat Stadium ni, kat luar klik sana, klik sini (itu kamera dulu, bukan macam ‘handfon’ sekarang, canggih, tak bunyi pun, he he), bergambar kat tiang sana,

kat tiang sini, kat kerislah, kat pintu gerbanglah……. bukan apa nak abadikan kenangan di ikon atau mercu tanda tercanggih negara ketika itu. Masuk dalam pun boleh sesat tau, besar gila, susah juga nak jumpa jalan keluar oiiiii….

Lepas habis temasya ‘seantero komanwel’ tu, macam-macam acara dibalun kat dalam Stadium ni. Yang ni memang tak akan jadi ‘Gajah Putih’. Tapi bahananya pulak ia jadi ibarat ‘Gajah Mati kerana Gadingnya’. Habis semua acara dipulun kat sini sebab tak mahu di label rakyat sebagai projek ‘Gajah Putih’.

Dari main bolasepak sampai persembahan ‘tattoo’, tutup rumput dengan ‘kanvas’ berminggu-minggu lamanya. Nasib baik tak diadakan upacara tamat latihan rekrut polis atau tentera dan berkawad atas rumput Stadium ni. Aje gila jadinya….‘Stadium

Wembley’ yang hanya benarkan ’12 match’ setahun pun mesti ‘gelak sakan’ kalau tahu hal ni.

Alahai….itulah ceritanya, cacing pun boleh ‘terkubur’ sendiri apatah lagi ‘rumput lembu’ atau ‘cow grass’. Takan tak tahu

yang hidupan perlukan udara dan cahaya untuk hidup. Tak taulah kalau ‘rumput yang bodoh macam lembu’ yang ditutup lama dengan ‘kanvas’ boleh tahan hidup lama dengan berpuasa dan bergelap.

Tu pasallah jahanam rumput kat Stadium ni (walaupun dikatakan ada faktor rekabentuk yang turut menjadi penyebab rumput sukar nak bertahan lama) …… macam-macam jenis rumput dah cuba, berjuta-juta ringgit dah dilabur dan lebur, sampai ujud ‘perang saraf’ pasal kos tanam rumput ni, perli sana, perli sini, suruh tukar rumput sintetik pulak…

Dulu ada ‘si sinun’ tu juga yang ‘advise’ suruh guna kepakaran konsultan dari sebuah IPT tu yang kononnya rumput Stadium lama dan Padang latihannya yang menggunakan kehebatan pakar tempatan ni

Foto: Bernama

Berjaya jadikan rumputnya ‘superb’ macam ‘carpet’. (guna pakar rumput lembu rupanya). Itu Stadium lama dan padang latihan je, tapi Stadium baru ‘di sinun’ tu taklah boleh guna rumput ‘low class’ ni.

Maka Stadium besar kebanggaan kita ni pun dengarlah nasihat ‘si sinun’, maka gunalah konsultan dari IPT tersebut, wahhhh…… bila ditanya oleh sebuah stesen televisyen swasta waktu sesi ‘preview’ oleh media sebelum rasmikan digunakan pada ‘match’ pertama atas rumput baru ni……guna rumput apa?

Dijawap dengan bangganya oleh pakar dari IPT tersebut…..kita guna rumput yang sama dengan tempat ‘di sinun’ hasil daripada usaha ‘team’ penyelidikan kita iaitu kombinasi daripada rumput tempatan dan rumput…………. kita guna rumput itu di sini sekarang, nama spesifiknya ‘national grass’ (kih, kih, kih, kih, kah, kah, kah, kah…….), rumput spesis ‘national grass’

tu rumput apa ya???…. agaknya ‘selembu’ kot, gabungan rumput seladang dengan lembu……he he he…

Patutlah waktu Barcelona datang dulu Lionel Messi pun takut nak main. Mana maunya ‘legend’ yang dapat anugerah tersohor bolasepak dunia ‘Ballon D’or’ (tujuh kali) ni main kat atas padang rumput ‘selembu’… (kah, kah, kah…….). Maka ‘Game’ pun terpaksa pindah di saat akhir ke ‘Stadium milik sang gergasi merah kuning’.

Wahh meriah betullah Stadium Gergasi ni malam tu……YB Menteri Sukan waktu tu pun punyalah tinggi tahap ‘humble’nya, level ‘pacal yang hinalah gamaknya’, tak duduk dekat tempat VIP, duduk kat tempat penonton biasa je……..perghhh….tabiklah….

Puluhan ribu hadir waktu tu (termasuk saya, wife dan anak-anak)…..malangnya ‘Messi’ tetap ‘tegar’ tak mau bermain. Geram betul saya….hampa wife dan anak-anak.

Foto: Arkib Selangorkini

Agaknya ‘personal’ insurannya tak ‘cover’ main bola atas rumput ‘selembu’ dan permukaan padang ragut (tak padan kualiti padang dengan nilai bina Stadium ni RM480 juta tu). Takpelah….bukan saya je yang kena tipu, YB Menteri pun kena tipu juga……ha ha.

Terbaru kecoh pulak Stadium Gergasi ni yang nak dirobohkan dan khabarnya nak dibina baru. Semuanya sebab bumbungnya yang dah telus habis nampak ‘syurga langit ketujuh’. Kesian anak-anak gergasi dah bertahun-tahun main bola dan berlatih serta beraksi guna Stadium orang, merempat sana merempat sini. Ada Stadium sendiri yang besar gagah, rupanya ‘fake’ macam ‘scammer’ je.

Bina Stadium masa depan tapi tiba2 nak ngundur ke belakang…apa kejadahnya?? (Bolehhh…. memang tak salah pun….tapi tunggulah selepas 50 tahun ke 100 tahun ke….ni belum sambut jubli perak (rasmi 1994)….jauh lagi jubli intan dan jubli emas…..dah nak di roboh…selalu ikon canggih macam ni dikekalkan sebagai bahan sejarah sampai usia ratusan tahun (boleh jadi artifak)….tapi yang ni muda lagi dah nak kena pancung.

Bukan apa, Stadium ni jadi kebangaan bukan calang-calang pasukan. Juara 33 kali piala seantero Semenanjung dan Borneo. Dulu punyalah dibangga-banggakan, tapi sekarang dibiarkan mereput. Takde duit sangat ke??? Adakah robohkan dan bina baru lebih murah dari ‘repair’ bumbung, tukar rumput dan ‘refurbish’ dalaman dan luaran Stadium???

Banyak pasukan dalam Liga Malaysia tu lagi teruk dan miskin, struktur Stadium pun takde, sewa sana, sewa sini, hutang sana, hutang sini. Kalaulah mereka ada macam  Stadium Gergasi ni saya percaya dah lama dah Stadium ni kembali berbumbung dan cantik macam Stadium ‘di sinun’ tu.

Buat malu anak negeri jelah, negeri besar, kaya raya tapi kedekut barangkali. Untung

banyak, pendapatan tahunan pun berbilion ringgit. Dulu penyumbang pendapatan tahunan antara yang terbesar kepada Kerajaan Persekutuan tapi sekarang banyak ‘kalih-kalih’ agaknya, simpan untuk ‘stok penimbal’ PRU15 agaknya. Janganlah macam tu kawan……

Politik-politik juga, sukan pun kena prihatin jugak. Ramai yang buang undi tu pengundi-pengundi muda. Nanti ke laut PRU15 kalau mereka protes dan tunjuk perasaan.

Bagi saya ironinya mudah saja, Kalau mampu beli rumah harga berjuta-juta ringgit, takan bumbung bocor atau paip tersumbat pun tak mampu nak ‘repair’. Lebih baik dulu beli rumah kos rendah je.

Sayugia, kalau tak mampu ganti bumbung bocor atau paip tersumbat, orang lain pun tak ambik ‘port’, lantaklah kau……sampai berlumut simen, sampai reput atap…..dah

sah-sahlah orang lain faham, tu ajelah rumah yang kita mampu beli…..

Ini tidak……..tak mau ngalah, nak beli rumah atau nak buat rumah, nak yang besar macam istana…….’type’ banglo je, tapi ‘maintenance’ bulanan pun tak lepas,

‘culas’…..buat canggih, nak jaga tak reti pulak tu…..baik dulu buat Stadium kecik je macam kat Jugra….boleh juga buat Sukan Rakyat atau anjur Sukan Olahraga Sekolah atau paling tidak petang-petang boleh budak-budak main bola atau atok-atok, nenek-nenek berjalan pelan-pelan belajar ‘tawaf’, mudah nak buat Haji nanti.

Apa ni????, jangan buat malu orang Selangor, Jangan malukan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj….. ,dah buat Stadium Mega, besar, canggih, macam kupang gergasi tiba-tiba nak roboh balek, buat baru tapi lagi kecik…..

Aduhaiii salah siapa ni???. Dulu masa nak buat tak pikir ke nak urus dan guna duit mana untuk baikpulih dan sebagainya.

Ehh…. sori ya..……. ini salah orang yang memerintah dulu, bukan yang memerintah sekarang……urmmm………. ya tak ya juga……….patutlah dibiarkannya Stadium tu dah jadi macam ‘rumah hantu’. Ada alasan nanti nak robohkan buat projek sukan ‘Masyokma’. Padahal Stadium tu hanya perlu di ‘rejuvenate’kan aje…….. paham ke tak paham tu!!!…ha ha.

Tolonglah!!!!!!……kalau dulu mampu beli kereta mewah, takan tayar botak pun tak mampu nak ganti baru. Atau tak mampu ke nak tukar cat baru??? Lebih baik dulu beli kereta kancil je. Takanlah dulu mengaku gergasi tapi sekarang dah disumpah menjadi beruk…..

Kesiannya…repair ajelah Stadium ikonik Shah Alam ini….saya rayu (I am begging you…. please…… ‘kata orang putih’).

Walau saya bukan orang Selangor, lagu Merah Kuning ini sangat berkesan dalam jiwa saya setiap kali mendengarnya ….… Ayuhhh…..marilah sama-sama kita nyanyikan lagu ‘Merah Kuning’ ini……

“Merah Kuning lambang kebanggaan

Selangor merancang kejayaan

Gemuruh sorakan menggegarkan

Cabaran disambut dengan kesungguhan

 

Kecemerlangan

Kecemerlangan

Kecemerlangan

Jadi kenyataan

 

Merah Kuning keberanian

Menempuh segala halangan

Sekali melangkah

Buktikan kemampuan

 

Merah Kuning keberanian

Menempuh segala halangan

Sekali melangkah

Buktikan kemampuan

 

Selangor Darul Ehsan

Selangor Darul Ehsan”

 

Tamat…

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: