Bola Sepak

Al Mardi ketuai kebangkitan KDA FC ke separuh akhir


FOTO KDA FC

Pemain import baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mahmoud Al Mardi mula menunjukkan pembeliannya berbaloi apabila meledak hatrik pada aksi akhir Kumpulan G Piala Asia 2022 mengatasi Visakha FC 5-1 di Bali pada Khamis.

Kemenangan itu telah memacu Sang Kenari layak separuh akhir Zon Asean selepas muncul juara Kumpulan G.

Al Mardi yang dibawa masuk pada musim perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini mula mempamerkan belang menjaringkan gol hatrik pada minit ke-28, 46 dan 54.

Pemain kebangsaan Jordan ini dilihat semakin serasi mengemudi bahagian sayap pasukan termasuk membantu jentera tengah dan bahagian serangan.

Dua lagi gol Sang Kenari hadir menerusi Fayadh Zulkifli pada minit ke-67 dan Ronald Ngah Wanja pada minit ke-76.

Zaeen Khan pula menghadiahkan gol saguhati buat Visakha FC pada minit ke-20 perlawanan.

KDA FC akan bertemu wakil Indonesia PSM Makassar pada 9 Ogos ini pada peringkat separuh akhir pertama.

Satu lagi aksi separuh akhir juga melibatkan satu lagi wakil negara, Kuala Lumpur City FC yang akan bertemu wakil Vietnam, Viettel FC pada 10 Ogos.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: