
Paulo Josue berjaya membantu KL City mengatasi Tampines Rovers 2-1 pada aksi Kumpulan H di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kemenangan tersebut memastikan skuad Bojan Hodak mara ke peringkat kalah mati apabila berada di tangga kedua kumpulan berkongsi empat mata sama dengan pendahulu, PSM Makassar tapi dipisahkan dengan perbezaan gol.
Dua jaringan kapten pasukan itu pada minit ke-16 dan 22 cukup untuk memberikan kemenangan kepada skuad warga kota itu.
Bagaimanapun sasaran KL City FC untuk tidak bolos tidak tercapai apabila Tampines Rovers memperolehi gol saguhati menerusi Boris Kopitovic pada minit ke-37.
Add Comment