Bola Sepak

“JDT kelab terbesar ASEAN, keputusan terbaik Jordi” – Saddil Ramdani


Jordi Amat. FOTO FACEBOOK

Peman import Sabah FC, Saddil Ramdani melihat keputusan Jordi Amat, pemain warisan Indonesia yang bakal dibawa masuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi slot kuota ASEAN Liga Malaysia 2022 adalah keputusan terbaik buatnya.

Dia sebelum ini juga pernah beraksi bersama pasukan Sri Pahang FC pada 2019 melihat tidak menjadi masalah jika pemain tersebut mahu bergabung dengan sebuah kelab yang sedang meningkat dengan cepat di ASEAN.

“Kita semua tahu bahawa JDT adalah pasukan terbesar di ASEAN, berkualiti dan sangat baik. 

“Semestinya semua pasukan lain mahu mencontohi JDT dan mahu menjadi seperti JDT untuk masa akan datang,” katanya pemain sayap kebangsaan Indonesia itu.

Bagaimanapun berita Jordi yang bakal menyertai JDT tidak disenangi oleh penyokong-penyokong Indonesia dan mahu Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) membatalkan proses naturalisasi pemain Indonesia-Sepanyol itu.

Mereka mahu Jordi yang berpengalaman bermain di Eropah seperti di kelab Swansea, Real Betis, Espanyol dan beberapa lagi kelab agar terus kekal di sana kerana pendedahan diterima mampu membantu skuad Indonesia.

PSSI dalam kenyataannya berkata, keputusan untuk proses naturalisasi pemain itu dibuat atas permintaan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong dari Korea Selatan.

Mereka akan membatalkan proses naturalisasi tersebut sekiranya Tae-Yong mengubah fikirannya.

Sebelum ini pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan Jordi akan menyertai mereka dalam masa terdekat dan hanya menunggu passport dari Indonesia sahaja.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: