Bola Sepak

Pak Ngah pacu kemenangan penting KDA FC


FOTO KDA FC

Penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC,  Ronald Ngah Wanja muncul antara watak penting membantu pasukannya itu membelasah kelab Filipina, Kaya FC 4-1 pada aksi kedua Kumpulan G Piala AFC 2022 di Bali pada Isnin.

Pemain Cameroon itu berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-83 perlawanan termasuk dua bantuan gol bagi menghidupkan kembali peluang Hijau Kuning untuk meloloskan ke peringkat seterusnya.

Gol pertama KDA FC muncul pada minit ke-57 menerusi Fayadh Zulkifli selepas menerima hantaran menarik Ronald Ngah.

Mahmoud Al-Mardi juga berjaya mencetakkan nama selaku penjaring dengan menjaringkan gol kedua juga menerusi gerakan yang dilakukan oleh Ronald Ngah pada minit ke-63.

Fayadh melengkapkan kemenangan skuad Aidil Sharin Sahak pada masa minit kecederaan penghujung perlawanan untuk kedudukan penuh 4-1.

Kaya FC pula meraih gol saguhati menerusi Javier Gayoso pada minit ke-86 selepas memanfaatkan kelalaian pasukan lawan.

Pada aksi sulung Kumpulan G, KDA FC tewas 2-0 kepada Bali United FC dan kemenangan pada aksi kedua pada Isnin membangkitkan motivasi mereka untuk memburu kemenangan pada aksi akhir kumpulan bertemu Visakha FC pada Khamis.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: