Bola Sepak

JDT terus cemerlang, Sabah sekadar kongsi satu mata dengan Selangor


FOTO MFL

Pendahulu Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus cemerlang mendahului carta liga apabila mudah menewaskan PJ City FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.

Harimau Selatan kini mengumpul 22 mata hasil tujuh menang satu seri untuk meninggalkan Sabah FC di tangga kedua yang berkongsi 19 mata sama dengan Negeri Sembilan FC di tangga ketiga.

JDT berpeluang melebarkan lagi jurang mata kerana baru beraksi lapan perlawanan berbanding Sabah FC sudahpun beraksi sembilan perlawanan manakala Negeri Sembilan FC 10 perlawanan.

Pada aksi menentang PJ City, Bergson Da Silva menjaringkan gol pada minit ke-23 dan 64 diikuti Fernando Forestieri yang meledak pada minit ke-26 dan 85.

Kemenangan tersebut terus memastikan JDT tidak tewas sejak tujuh perlawanan Liga Super musim ini.

Sementara itu, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling jaya, Kelana Jaya, Sabah FC yang hadir menyasarkan mahu menambah derita Selangor FC bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila sekadar terikat 1-1.

The Red Giant terlebih dahulu berada di hadapan seawal minit ke-3 hasil jaringan Caoin bagi membuktikan mereka tidak terkesan dengan kekalahan besar 5-1 kepada JDT sebelum ini.

Jaringan satu gol itu nyata tidak selamat buat tuan rumah apabila Saddil Ramdani menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-53 dan keputusan tersebut kekal hingga wisel penamat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: