Bola Sepak

Kenari tiada pilihan, perlu tewaskan Kaya FC


FOTO KDA FC

Hanya kemenangan sahaja yang akan terus menghidupkan peluang Kedah Darul Aman (KDA) FC pada pentas Piala AFC 2022 dan lawan seterusnya adalah Kaya FC bagi saingan Kumpulan G pada Isnin.

Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, pemain-pemainnya akan turun untuk memburu tiga mata pertama selepas tewas 2-0 kepada Bali United FC pada aksi pembukaan di Stadium Capt. I Wayan Dipta, Bali, Indonesia.

“Kami akan memberikan sehabis-habisnya pada perlawanan ini untuk mendapatkan tiga mata bertemu Kaya FC. 

“Selepas tewas kepada Bali United, pada aksi seterusnya tidak kira pasukan mana yang dihadapi, sasaran kami adalah untuk menang. 

“Kami sudah ada strategi bagaimana untuk mengekang pemain-pemain utama lawan dan paling penting adalah pemain sudah bersedia untuk perlawanan ini,” katanya pada sidang akhbar di Bali pada Ahad.

Sementara itu, penjaga gol KDA FC, Shahril Shaari juga menyatakan perkara sama dan mereka wajib menang baki dua perlawanan Kumpulan G.

“Saya percaya dengan pemain-pemain yang akan diturunkan oleh jurulatih kerana kami telah membuat persiapan rapi.

“Semua pemain yang diturunkan akan berusaha untuk mencapai kemenangan kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain jika mahu mara ke peringkat seterusnya,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: