Bola Sepak

Status Dion Cools terus jadi tanda tanya


Gambar yang dikongsi Tunku Ismail tular di media sosial.

Gambar pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama Dion Cools cetus pelbagai spekulasi di kalangan peminat termasuk kebarangkalian tonggak Harimau Malaya itu menyertai gergasi bolasepak Liga Malaysia tersebut pada perpindahan kedua musim 2022.

Turut berada dalam gambar tersebut adalah Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa pemain kacukan Malaysia-Belgium akan menyertai Harimau Selatan namun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari kelab tersebut.

Gambar yang dikongsi Pemangku Raja Johor itu di Istagram Story miliknya telah tular di media sosial.

Di sebalik spekulasi tersebut bagaimanapun perkara berkenaan tidak menghairankan kerana Tunku Ismail sememangnya mempunyai hubungan baik dengan Cools.

Tunku Ismail muncul antara watak yang mempengaruhi pemain tersebut untuk memilih menyarung jersi Harimau Malaya sebelum ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: