Bola Sepak

JDT kembali ke puncak, belasah Selangor 5-1


Pemain JDT, Leandro cuba diasak oleh pemain Selangor FC, Mukhairi Ajmal.

Motivasi tinggi yang dibawa oleh Selangor FC ke Stadium Sultan Ibrahim tidak membantu pasukan tersebut apabila tunduk 5-1 kepada JDT pada aksi tertunda kelima Liga Super 2022 pada Jumaat.

Pelawat yang berjaya menewaskan Sarawak United FC 7-0 beberapa hari lalu dikejutkan jaringan awal Bergson Da Silva meletakkan Harimau Selatan seawal minit ke-3 di hadapan 1-0 untuk mengamatkan stadium tuan rumah.

The Red Giant kembali menyusun rentak dan berjaya menyeimbangi corak permainan namun beberapa serangan yang cuba dijana oleh penyerangnya, Caion.

Sepakan percuma Fernando Forestieri pada minit ke-24 terus menerjah ke gawang gol Selangor FC untuk meletakkan tuan rumah selesa di hadapan 2-0.

Pasukan JDT meraikan kejayaan menewaskan Selangor FC 5-1.

Tidak berhenti di situ, Leandro Velaquez terus meletakkan JDT di hadapan 3-0 pada minit ke-34 dalam usaha memberikan tekanan kepada pasukan pelawat.

Harimau Selatan terus bernafsu mencetakkan gol apabila Bergson melakukan percubaan tepat pada minit ke-55 untuk gol keempat mereka bagi kedudukan 4-0.

Namun Selangor FC berjaya merapatkan jurang kepada 4-1 menerusi pemain gantian, Nor Hakim Hassan pada minit ke-82.

Bagaimanapun Muhamadou Sumareh melengkapkan malam gemilamg JDT apabila menanduk masuk gol untuk kemenangan 5-1.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Benjamin Mora kembali ke puncak Liga Super 2022 selepas mengutip 19 mata hasil enam kemenangan dan satu seri untuk memintas Sabah FC di tangga kedua dengan 18 mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: