Bola Sepak

Jangan bimbang, Ronald Ngah sudah ‘terbang’ ke Bali


Ronald Ngah (tengah) pada aksi latihan di Alor Setar baru-baru ini. FOTO KDA FC

Penaung Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar mengesahkan penyerang kelab tersebut, Ronald Ngah Wanja telah menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bali, Indonesia, pukul 9 pagi pada Rabu.

Pemain berasal dari Cameroon akan bersama Sang Kenari diturunkan pada aksi pembukaan Kumpulan G, Piala AFC 2022 antara KDA FC dengan Bali United FC di Stadium Stadium Capten 1 Wayan Dipta, Bali pada Jumaat.

Jelas Mohd Daud seperti yang dipetik melalui RTM, Ngah Wanja tidak dapat mengikuti penerbangan bersama rakan sepasukan dari KLIA) pada Isnin lalu akibat masalah visa.

Beliau berkata lagi, proses lebih ketat oleh Kerajaan Indonesia terhadap warga Cameroon menyebabkan Ngah Wanja tidak dibenarkan memasuki negara itu.

Bagaimanapun perkara tersebut sudah diselesaikan dan membolehkan dia ‘terbang’ untuk mempertajamkan jentera serangan KDA FC di pentas Piala AFC 2022.

Terdahulu, timbul tanda tanya dan kebimbangan penyokong tentang kedudukan pemain tersebut selepas tidak kelihatan pada sesi latihan bersama pasukan di Bali.

Sang Kenari diundi dalam Kumpulan G bersama kelab dari Indonesia, Bali United pada 24 Jun; diikuti Kaya Iloilo FC dari Filipina (27 Jun) dan Visakha United FC dari Kemboja (30 Jun).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: